Adakah pendapat orang yg sudah mati tidak relevan?
aku ade terbaca status seorang user facebook tempoh hari,
kalau tak silap aku begini la cara die tulis. ‘kenapa kita selalu guna ayat org
yg sudah mati utk dijadikan panduan hidup? Mana lg bagus, update status tentang
perkara2 positif atau anda melaksanakan terus segala plan harian anda. Atau anda
memilih utk menjadi seorang yg biol kerana terlalu taksub dgn kata2 mereka yg
dah mati tu?’
Baik, ni komen sy. Sy pergi satu per satu. Adakah salah pula
kita update status tentang segala buah pendapat positif kita kt ‘wall’
facebook? Dengan tujuan berkongsi? Anda betul tentang terus melaksanakan tugas
harian tanpa perlu membuang masa update segala buah pendapat kita di ‘wall’ tu.
Tapi bagi sy, adalah perlu juga utk kita berkongsi dengan rakan2, mana tau
rakan2 yg comment status kita di ‘wall’ tu akan memberi pendapat mereka pula? Disitu
kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat. Betul point sy setakat ini? Disamping
itu, kita melakukan amal jariah dimana kita berkongsi idea kita, mana tau
mereka boleh mendapat manfaat dari situ. Ada perbezaan dimana cara dan medium perkongsian
ilmu jika dibandingkan zaman2 sebelum. Jika sebelum ini orang selalu pergi ke
kuliah, ke rumah rakan2, utk berbincang, bertukar2 pendapat. Tp bg saya, itu
cara dulu, tak salah juga mahu praktikkn dizaman sekarang. Lg bagus jika anda
mahu pendapat sy jika dibandingkan sekadar meluahkn di ‘wall’. Tetapi cara itu
elok jika masing2 ada masa yg terluang, tp sy yakin kita dizaman yg serba sibuk
ni kurang berpeluang utk melakukannya, jadi alternative nya cukup lah sekadar di
‘wall’.
Disamping itu, bergantung kepada factor jarak juga, contohnya jika saya
di Negeri Sembilan, dan sy ingin berkongsi pendapat sy pd kwn sy yg berada di
banting contohnya, sy bukan saja telah menjimat kn masa sy, malah kos sy jika sy
mahu ke banting. Tambah lg, respon diterima hanya beberapa saat, jika
dibandingkan kaedah sebelum ini, dimana kita menghantar surat, dimana kita
perlu menunggu sekurang2 nya seminggu utk dibalas. Itu pun kalau bernasib baik.
Jadi pada sy, pendapat anda tu kurang relevan, bukan salah,
tapi tidak bersesuaian. Tentang ‘menggunakan ayat org sudah mati sebagai
panduan hidup’ pula. Bagi saya, org yg dh mati tu terang terangan sudah merasa
garam terlebih dahulu dari sy. Jadi dia lebih maklum rasa garam tu, dan dimana
asalnya garam tu. Sekadar mengambil beberapa contoh. Segala ayat mereka adalah
tercipta hasil dari pengalaman dimasa hidup beliau, dimana beliau telah melalui
segala pancaroba didunia ini. Dan mereka ingin kita generasi seterusnya tidak
melakukan kesilapan yg sama seperti mereka. Jadi terpulang kepada kita
seterusnya bagaimana ingin menghadam pendapat mereka itu, dan bagaimana kita
ingin melaksanakan nya mengikut kaedah kita berdasarkan panduan mereka. Itu terpulang
kepada setiap individu. Jika mahu Berjaya, jadikan ia sebagai pengajaran, jika
sekadar ingin baca kemudian abaikan, itu adalah kerugian kepada diri sendiri. Betul?
Jika dinilai mengikut trend org2 sekarang, sy nmpk mereka
lebih suka mengambil mudah tentang perkara ini. Lebih teruk mereka ‘membahan’
kenyataan tersebut. Sy faham, sy juga berada dikalangan mereka, pemikiran
pemuda 20 an. Apa yg kami inginkan adalah sesuatu yg menyeronokkan. Ayat2 org
lama ni dh ketinggalan katanya. Lebih tepat sy kata kan kami ingin sesuatu yg
melalaikan. Bak kata ayah sy, ‘korang ni semua tahu nk enjoy je’. That is damn
correct! We want pleasure, enjoyment, buat apa nk semak2 kan kepala? Kami masih
muda. Kami ingin merasai kesemua nya! Anda setuju dengan pendapat saya ni? Confirm
setujulah! Hahaha. Enjoy tak salah, tapi berpada. Bukan kah kita hidup didunia
ni sebagai khalifah? Kita diturunkan ke bumi sejak dari zaman Nabi Adam adalah
untuk memimpin dunia yg fana’ ni. Besar tanggung jawap tu. Sedangkan malaikat
sendiri ‘surrender’ dengan tanggung jawap ni. Kita pula yg serba kekurangan ni
diberi tanggung jawap sebesar itu. Dimana usaha kita? Anda nilai sendiri lah. J