Friday, February 24, 2012

Adakah pendapat orang yg sudah mati tidak relevan?


Adakah pendapat orang yg sudah mati tidak relevan?

aku ade terbaca status seorang user facebook tempoh hari, kalau tak silap aku begini la cara die tulis. ‘kenapa kita selalu guna ayat org yg sudah mati utk dijadikan panduan hidup? Mana lg bagus, update status tentang perkara2 positif atau anda melaksanakan terus segala plan harian anda. Atau anda memilih utk menjadi seorang yg biol kerana terlalu taksub dgn kata2 mereka yg dah mati tu?’

Baik, ni komen sy. Sy pergi satu per satu. Adakah salah pula kita update status tentang segala buah pendapat positif kita kt ‘wall’ facebook? Dengan tujuan berkongsi? Anda betul tentang terus melaksanakan tugas harian tanpa perlu membuang masa update segala buah pendapat kita di ‘wall’ tu. Tapi bagi sy, adalah perlu juga utk kita berkongsi dengan rakan2, mana tau rakan2 yg comment status kita di ‘wall’ tu akan memberi pendapat mereka pula? Disitu kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat. Betul point sy setakat ini? Disamping itu, kita melakukan amal jariah dimana kita berkongsi idea kita, mana tau mereka boleh mendapat manfaat dari situ. Ada perbezaan dimana cara dan medium perkongsian ilmu jika dibandingkan zaman2 sebelum. Jika sebelum ini orang selalu pergi ke kuliah, ke rumah rakan2, utk berbincang, bertukar2 pendapat. Tp bg saya, itu cara dulu, tak salah juga mahu praktikkn dizaman sekarang. Lg bagus jika anda mahu pendapat sy jika dibandingkan sekadar meluahkn di ‘wall’. Tetapi cara itu elok jika masing2 ada masa yg terluang, tp sy yakin kita dizaman yg serba sibuk ni kurang berpeluang utk melakukannya, jadi alternative nya cukup lah sekadar di ‘wall’. 

Disamping itu, bergantung kepada factor jarak juga, contohnya jika saya di Negeri Sembilan, dan sy ingin berkongsi pendapat sy pd kwn sy yg berada di banting contohnya, sy bukan saja telah menjimat kn masa sy, malah kos sy jika sy mahu ke banting. Tambah lg, respon diterima hanya beberapa saat, jika dibandingkan kaedah sebelum ini, dimana kita menghantar surat, dimana kita perlu menunggu sekurang2 nya seminggu utk dibalas. Itu pun kalau bernasib baik.

Jadi pada sy, pendapat anda tu kurang relevan, bukan salah, tapi tidak bersesuaian. Tentang ‘menggunakan ayat org sudah mati sebagai panduan hidup’ pula. Bagi saya, org yg dh mati tu terang terangan sudah merasa garam terlebih dahulu dari sy. Jadi dia lebih maklum rasa garam tu, dan dimana asalnya garam tu. Sekadar mengambil beberapa contoh. Segala ayat mereka adalah tercipta hasil dari pengalaman dimasa hidup beliau, dimana beliau telah melalui segala pancaroba didunia ini. Dan mereka ingin kita generasi seterusnya tidak melakukan kesilapan yg sama seperti mereka. Jadi terpulang kepada kita seterusnya bagaimana ingin menghadam pendapat mereka itu, dan bagaimana kita ingin melaksanakan nya mengikut kaedah kita berdasarkan panduan mereka. Itu terpulang kepada setiap individu. Jika mahu Berjaya, jadikan ia sebagai pengajaran, jika sekadar ingin baca kemudian abaikan, itu adalah kerugian kepada diri sendiri. Betul?

Jika dinilai mengikut trend org2 sekarang, sy nmpk mereka lebih suka mengambil mudah tentang perkara ini. Lebih teruk mereka ‘membahan’ kenyataan tersebut. Sy faham, sy juga berada dikalangan mereka, pemikiran pemuda 20 an. Apa yg kami inginkan adalah sesuatu yg menyeronokkan. Ayat2 org lama ni dh ketinggalan katanya. Lebih tepat sy kata kan kami ingin sesuatu yg melalaikan. Bak kata ayah sy, ‘korang ni semua tahu nk enjoy je’. That is damn correct! We want pleasure, enjoyment, buat apa nk semak2 kan kepala? Kami masih muda. Kami ingin merasai kesemua nya! Anda setuju dengan pendapat saya ni? Confirm setujulah! Hahaha. Enjoy tak salah, tapi berpada. Bukan kah kita hidup didunia ni sebagai khalifah? Kita diturunkan ke bumi sejak dari zaman Nabi Adam adalah untuk memimpin dunia yg fana’ ni. Besar tanggung jawap tu. Sedangkan malaikat sendiri ‘surrender’ dengan tanggung jawap ni. Kita pula yg serba kekurangan ni diberi tanggung jawap sebesar itu. Dimana usaha kita? Anda nilai sendiri lah. J

No comments:

Post a Comment

tentang empunya blog

Sahabat