Ilmu pertahankan diri
melayu yg diperturunkan dari generasi ke generasi amat menarik dan penuh seni.
Dimana tidak dapat dilihat pada rata2 seni pertahankan diri yg lain di dunia.
Atas sebab itu berkemungkinan punca aku amat mencintai seni ini. Dan mungkin
darah yg mengalir di segenap salur pembuluh darahku sudah terbiasa dengan seni
ini. Dari pengetahuan aku, ayah aku juga dimana adalah bekas pesilat, yg
dikenali sebagai Silat Seni Harimau. Dan hari ini ilmu silat juga turun kepada
aku dimana aliran yg aku bawa pula dikenali sebagai Silat Seni Gayong dimana
pada ketika dahulu dikenali sebagai Silat Sendi Harimau. Mungkin atas sebab
generasi2 ku yg terdahulu sudah dibiasakan dengan seni ini maka seni ini juga
tidak terlepas dari generasi terkemudian iaitu aku.
Kerap juga ketika aku
sedang mengelamun sendirian jika tiada kerja yg aku lakukan ketika itu,
fikiranku mula menerawang jauh membayangkan langkah2 pencak ku, perasaan rindu
kepada seni itu akan kian memberontak, dan inginkan aku utk berlatih semula.
Namun keterbatasan waktu ku membantutkan hasrat. Masih kuat di ingatan ku
nikmat menggenggam hulu keris ku, dan langkah pencak yg telah ku pelajari.
Tidak dapat ku sembunyikan perasaan itu jauh di dalam hati.
2.jpg)
No comments:
Post a Comment