Wednesday, November 14, 2012

Kembali Setelah Beberapa Bulan Menyepi

last aku post bulan march, so agak lama jugak tak update apa2. baru tadi terfikir yang aku ade blog, dan dah lama tak tengok. sengal jugak rasa nya. haha

okay setakat ni, agak busy dengan kerja. secara basic la aku kerja sebagai drafter. tugas seorang drafter agak mencabar dan perlu kreatif, dimana aku perlu utk mampu bayangkan sesuatu product yg belum wujud (mungkin dengan beberapa rujukan). tak semua orang ada kebolehan utk membayangkn sesuatu yg belum wujud, jadi aku guna kan kelebihan ni utk mencari rezeki. dan setakat ni aku agak puas dengan hasil kerja aku.

display bracket





camshaft

















so ni adalah salah satu design aku. agak simple. tp ni adalah satu contoh kerja aku.

sambil2 tu aku ade jgk buat graphic design.

rasa nya bab2 design memang nature aku. so I'm going to stick to it. and proud. :)











Thursday, March 1, 2012

Alamat mimpi

Mimpi 2-3hari ni banyak membawa aku baili ke masa aku budak2 dulu, sampai aku tertanya2, apa la alamat mimpi ni. bila bangun tido, masih trbayang lg. kenapa baru sekarang baru aku terasa rindu semua tu.. sampaikan mood nk pegi keje pun hilang tah kemana. trtanya2 apa yg aku mimpi kan?

aku mimpi balik sekolah je tros tgk cerita mexico ngn mak aku. sampai nk pegi sekolah agama petang tu pun jadi liat semacam sebab taknak lepaskan tv. nk tgk cite mexico gak. huhu. yg best tgk cite mexico tu kn, bukan pasal cite tu best. tp sebab aku tgk dgn mak n akak aku. haha. best tgk reaksi dorang. mcm diorang pulak yg bwk watak hero ngn heroin tu. tp terus terang la sbb dh hari2 tgk, jadi curious ape yg jadi seterusnya. bg aku, cerita mexico mmg romantik habis. tak mcm cerita melayu or indon. merapu semacam. dulu tak tak perasan sbb budak2 lg. sekarang br tau nilai yg ada dlm cerita2 tu.banyak nilai2 murni yg ditonjolkan. walaupun cara hidup kita tak sama dgn mereka, tp banyak yg blh diambil iktibar.

okey cukup pasal cerita mexico. berbalik kepada motif mimpi tu. kenapa pulak mimpi2 tu buat kn aku terasa sedih dan kosong? aku sendiri pun tak tau mula2. tp mlm td br aku tau alamat mimpi tu..... yg membuatkan aku termenung panjang..

aku bukan tak pernah duduk jauh dengan family aku. selama 4tahun lebih aku belajar, aku duduk jauh dari mereka. tp kenapa kali ni aku begitu terasa.... berita yg aku dapat td, family aku confirm pindah melaka. sbb parents aku tlg running bisnes pakcik aku kt melaka.

ape yg bermain difikiran aku time tu, lepas ni ngn sape aku nk berborak, sakat menyakat? sbb selama ni aku suke berborak or menyakat mak aku. tp lepas ni dorang dh tak duduk dgn aku. sbb aku keje dkt sini.... aku betol2 terase kehiangan... walaupun melaka dgn negeri sembilan tak jauh, tp mak aku dh takde dekat ngn aku utk teman aku berbual. bende tu buat aku betol2 terase....

time tu la baru aku paham mimpi aku tu. rupe nye aku nk berjauhan dgn family aku. time utk aku betol2 hidup berdikari.

aku tak berape risau dgn kos hidup aku. sbb pandai aku bajet mcm mane. cume aku akan rindukan masakan dan leteran mak aku.... dan abah aku, walaupun die selalu marah, tp bile die dh jauh ni, aku terase pulak kosong kt rumah..

aku teringat masa sekolah dulu, mmg best sbb semua ada. tgk cerita mexico sama2. tp sekarang dh lain. masing2 dh jauh... tak serapat mcm dulu. bende ni mmg betol2 buat aku terase sgt.

lantak la nk ckp aku ni manja ngn mak ke apa. tp bg aku takde teman yg setia selain dari keluarga kita. busuk2 mereka pon, mereka tak akan penah buang kita.. lagipon, mereka dh bersama kita sejak dari lahir kedunia ni sampai sekarang, jd mereka faham dgn kita. tak akan ada sapa2 selain dari mereka yg betol2 faham dgn diri kita. bak kata org tua2 dulu. sekilas pandang ikan dikolam, dh tau mana jantan mana betina..
mcm mak aku, aku tak payah cakap apa2, die dh tau apa yg bermain difikiran aku.

jadi, bila berjauhan dengan mereka, aku terasa janggal. ape yg aku fikirkn, sapa la lepas ni nk berborak dgn aku mcm mana aku dgn mak aku berborak. haduilahhh...

tp takpa lah.. lama2 biasa lah tu kan.. Insya'Allah, ada masa trluang aku akan selalu menjenguk mereka dikampung. doa kan anak bujang mu ini tabah mengharungi liku2 kehidupan yg mak... Amin......

Friday, February 24, 2012

Adakah pendapat orang yg sudah mati tidak relevan?


Adakah pendapat orang yg sudah mati tidak relevan?

aku ade terbaca status seorang user facebook tempoh hari, kalau tak silap aku begini la cara die tulis. ‘kenapa kita selalu guna ayat org yg sudah mati utk dijadikan panduan hidup? Mana lg bagus, update status tentang perkara2 positif atau anda melaksanakan terus segala plan harian anda. Atau anda memilih utk menjadi seorang yg biol kerana terlalu taksub dgn kata2 mereka yg dah mati tu?’

Baik, ni komen sy. Sy pergi satu per satu. Adakah salah pula kita update status tentang segala buah pendapat positif kita kt ‘wall’ facebook? Dengan tujuan berkongsi? Anda betul tentang terus melaksanakan tugas harian tanpa perlu membuang masa update segala buah pendapat kita di ‘wall’ tu. Tapi bagi sy, adalah perlu juga utk kita berkongsi dengan rakan2, mana tau rakan2 yg comment status kita di ‘wall’ tu akan memberi pendapat mereka pula? Disitu kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat. Betul point sy setakat ini? Disamping itu, kita melakukan amal jariah dimana kita berkongsi idea kita, mana tau mereka boleh mendapat manfaat dari situ. Ada perbezaan dimana cara dan medium perkongsian ilmu jika dibandingkan zaman2 sebelum. Jika sebelum ini orang selalu pergi ke kuliah, ke rumah rakan2, utk berbincang, bertukar2 pendapat. Tp bg saya, itu cara dulu, tak salah juga mahu praktikkn dizaman sekarang. Lg bagus jika anda mahu pendapat sy jika dibandingkan sekadar meluahkn di ‘wall’. Tetapi cara itu elok jika masing2 ada masa yg terluang, tp sy yakin kita dizaman yg serba sibuk ni kurang berpeluang utk melakukannya, jadi alternative nya cukup lah sekadar di ‘wall’. 

Disamping itu, bergantung kepada factor jarak juga, contohnya jika saya di Negeri Sembilan, dan sy ingin berkongsi pendapat sy pd kwn sy yg berada di banting contohnya, sy bukan saja telah menjimat kn masa sy, malah kos sy jika sy mahu ke banting. Tambah lg, respon diterima hanya beberapa saat, jika dibandingkan kaedah sebelum ini, dimana kita menghantar surat, dimana kita perlu menunggu sekurang2 nya seminggu utk dibalas. Itu pun kalau bernasib baik.

Jadi pada sy, pendapat anda tu kurang relevan, bukan salah, tapi tidak bersesuaian. Tentang ‘menggunakan ayat org sudah mati sebagai panduan hidup’ pula. Bagi saya, org yg dh mati tu terang terangan sudah merasa garam terlebih dahulu dari sy. Jadi dia lebih maklum rasa garam tu, dan dimana asalnya garam tu. Sekadar mengambil beberapa contoh. Segala ayat mereka adalah tercipta hasil dari pengalaman dimasa hidup beliau, dimana beliau telah melalui segala pancaroba didunia ini. Dan mereka ingin kita generasi seterusnya tidak melakukan kesilapan yg sama seperti mereka. Jadi terpulang kepada kita seterusnya bagaimana ingin menghadam pendapat mereka itu, dan bagaimana kita ingin melaksanakan nya mengikut kaedah kita berdasarkan panduan mereka. Itu terpulang kepada setiap individu. Jika mahu Berjaya, jadikan ia sebagai pengajaran, jika sekadar ingin baca kemudian abaikan, itu adalah kerugian kepada diri sendiri. Betul?

Jika dinilai mengikut trend org2 sekarang, sy nmpk mereka lebih suka mengambil mudah tentang perkara ini. Lebih teruk mereka ‘membahan’ kenyataan tersebut. Sy faham, sy juga berada dikalangan mereka, pemikiran pemuda 20 an. Apa yg kami inginkan adalah sesuatu yg menyeronokkan. Ayat2 org lama ni dh ketinggalan katanya. Lebih tepat sy kata kan kami ingin sesuatu yg melalaikan. Bak kata ayah sy, ‘korang ni semua tahu nk enjoy je’. That is damn correct! We want pleasure, enjoyment, buat apa nk semak2 kan kepala? Kami masih muda. Kami ingin merasai kesemua nya! Anda setuju dengan pendapat saya ni? Confirm setujulah! Hahaha. Enjoy tak salah, tapi berpada. Bukan kah kita hidup didunia ni sebagai khalifah? Kita diturunkan ke bumi sejak dari zaman Nabi Adam adalah untuk memimpin dunia yg fana’ ni. Besar tanggung jawap tu. Sedangkan malaikat sendiri ‘surrender’ dengan tanggung jawap ni. Kita pula yg serba kekurangan ni diberi tanggung jawap sebesar itu. Dimana usaha kita? Anda nilai sendiri lah. J

Thursday, February 23, 2012

SILAT


Ilmu pertahankan diri melayu yg diperturunkan dari generasi ke generasi amat menarik dan penuh seni. Dimana tidak dapat dilihat pada rata2 seni pertahankan diri yg lain di dunia. Atas sebab itu berkemungkinan punca aku amat mencintai seni ini. Dan mungkin darah yg mengalir di segenap salur pembuluh darahku sudah terbiasa dengan seni ini. Dari pengetahuan aku, ayah aku juga dimana adalah bekas pesilat, yg dikenali sebagai Silat Seni Harimau. Dan hari ini ilmu silat juga turun kepada aku dimana aliran yg aku bawa pula dikenali sebagai Silat Seni Gayong dimana pada ketika dahulu dikenali sebagai Silat Sendi Harimau. Mungkin atas sebab generasi2 ku yg terdahulu sudah dibiasakan dengan seni ini maka seni ini juga tidak terlepas dari generasi terkemudian iaitu aku.
Kerap juga ketika aku sedang mengelamun sendirian jika tiada kerja yg aku lakukan ketika itu, fikiranku mula menerawang jauh membayangkan langkah2 pencak ku, perasaan rindu kepada seni itu akan kian memberontak, dan inginkan aku utk berlatih semula. Namun keterbatasan waktu ku membantutkan hasrat. Masih kuat di ingatan ku nikmat menggenggam hulu keris ku, dan langkah pencak yg telah ku pelajari. Tidak dapat ku sembunyikan perasaan itu jauh di dalam hati.
Tetapi tiba2 hati ku terdetik, mengapa anak2 muda sekarang sudah tidak lg berminat akan seni warisan datuk nenek mereka ini? Adakah seni ini sudah tidak relevan jika dibandingkan dengan seni pertahankan diri bangsa lain. Apa kurangnya seni pertahankan diri kita. Dimana silap nya hingga anak2 muda kita sekarang leka mengejar propaganda barat dimana mereka lebih taksud dengan tarian2 dari sana. Malah cara berpakaian mereka juga lebih cenderung kearah sana, tidak kira lelaki atau perempuan. Jati diri bangsa ku semakin hilang dan terhakis atas kealpaan bangsa ku sendiri. Apa yg perlu ku lakukan utk mengembalikan prestij bangsa ku yg agung suatu ketika dahulu. Aku tidak dapat menyembunyikan kesedihan ku sendiri jika memikirkan nasib yg menimpa bangsaku hari ini. Tidak mustahil jika keadaan ini diteruskan, bangsa Melayu ku akan malu utk mengaku diri mereka adalah MELAYU….

tentang empunya blog

My photo

Universal, sometimes quite mysterious kind of guy, and some other time can be extremely loud. especially laughing. could be annoying type of guy to some person. easily get along with people, and really sensitive person.

Sahabat